Tuesday, March 24, 2009

MAKLUMAT KEGIATAN KOKURIKULUM SMT

Berikut adalah maklumat mengenai kegiatan kokurikulum SMT 2009

1. Pertandingan KAT kali ke 12

Peringkat Kebangsaan akan di adakan di Negeri Perak bermula daripada 22 hingga 27 mei
2009.

Antara Acara yang dipertandingkan adalah :-

Bola Sepak dan Inovasi , dan majlis penutupan lokasi : SMT Taiping
Bola Jaring,Ragbi dan Bahas lokasi : SMT Kerian
Sofbol,Sepak Takraw,Kat Idol serta jamuan lokasi : SMT Kuala Kangsar

b. Penyertaan

Kat merupakan acara yang mempertandingkan berasaskan "SCHOOL BASE" Ini bermakna
sekolah yang menjadi johan dalam pertandingan di peringkat zon, akan mewakili zon masing
masing. Terdapat 11 zon akan mengambil bahagian, antara zon yang mengambil bahagian
ialah :-

a. Zon Perak - 2 Pasukan ( Zon Perak merupakan tuan rumah)
b. Zon Pulau Pinang
c. Zon Kedah / Perlis
d. Zon Pahang
e. Zon Kelantan dan Terengganu
f. Zon Johor
g. Zon Neg.Sembilan dan Melaka
h. Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan
i. Zon Sabah
j. Zon Sarawak

Setiap Zon dikehendaki menamatkan pertandingan di peringkat masing-masing pada atau
sebelum 25 April 2009. Borang Penyertaan hendaklah dihantar kepada penganjur iaitu SMT
Kuala Kangsar sebelum 30 April 2009.

2. Perkemahan Kadet Polisp

Akan di adakan pada 23 hingga 27 April 2009
Lokasi : Hutan Botanikal, Pusat Rekreasi Ayer Keroh, Melaka
Pengelibatan : 31 buah SMT ( Masih menunggu pengesahan)

Program ini merupakan julung kali di adakan secara berpusat dan kali pertama melibatkan
SMT. Untuk pertama kali ini, pihak BPTV hanya menjemput SMT dari Zon Selatan,
sekiranya berjaya, pengelibatan menyeluruh akan dibuat pada tahun 2010.

Untuk makluman, program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Unit Bantuan
Awam, Bukit Aman dan Unit Perhubungan Awam , IPK Melaka dan juga Bahagian Sukan,
Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat-syarat Am

Setiap platoon diwakili oleh seramai 25 orang peserta.
Setiap SMT yang dijemput boleh menghantar 2 platoon (Lelaki dan Perempuan)
Sekiranya SMT berkenaan menghantar 2 Platoon, Bil Guru adalah 5 orang.

" MANA-MANA SMT YANG BELUM LAGI MENGESAHKAN PENYERTAAN DI
KEHENDAKI BERBUAT DEMIKIAN PADA ATAU SEBELUM 30 MAC INI"